TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ
Ibarat
kata pepatah Melayu ”Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”. Begitulah ungkapan yang paling bererti untuk
mengenang jasa dan sumbangan negarawan ulung Tunku Abdul Rahman
Putra. Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan sebagai
pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang, seorang pejuang yang
berjiwa kental dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi untuk
membebaskan negara dari cengkaman penjajah. Penglibatan menentang
Malayan Union, mengemudi kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari
Hidup Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara kaum
dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah membuktikan
kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai kemerdekaan secara aman
melalui meja rundingan. Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat
kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita sebagai rakyat Malaysia
perlu merasa terhutang budi kepada Tunku Bapa kemerdekaan
Tun
V.T. Sambanthan merupakan seorang pejuang daripada masyarakat India
yang dilahirkan pada 16 Jun 1919 di kawasan pedalaman di Sungai Siput,
Perak. Kepimpinan beliau terserlah apabila dilantik menjadi Presiden
Kongres India Malaya ketika berusia 36 tahun. Kemudian Tun V.T.
Sambanthan dilantik menjadi menteri penuh dalam pelbagai kementerian.
Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet begitu banyak jasa yang telah
dicurahkan oleh Tun V.T. Sambanthan terutama berkaitan dengan perpaduan
rakyat yang berbilang kaum dan dari segi kemudahan kepada rakyat serta
semangat patriotisme pada masyarakat
Nama
sebenar Dato' Bahaman adalah Abdul Rahman. Ayahnya bernama Tuanku Imam
Nuh berasal dari Bangkinang. Ibunya adalah Rokiah Abdul Rahman, anak Tok
Setia Perkasa Semantan yang berketururnan Bugis dari Sulawesi Selatan.
Beliau juga lebih dikenali sebagai Seman adalah seorang yang pandai
bersilat dan juga mempunyai ilmu kebal . Kelebihan yang dimilikinya ini
menyebabkan beliau digelar sebagai 'Seman Tahan' oleh penduduk di
sekitar kawasan itu. Nama 'Seman Tahan' semakin hari semakin masyur di
kalangan penduduk di sepanjang sungai yang tidak bernama ketika itu
sehinggakan sungai itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya
menjadi tempat persinggahan British. Perang Semantan ini dipimpin oleh
seseorang pembesar bernama Dato' Bahaman . Punca utama pemberontakan ini
ialah rasa tidak puas hati orang-orang Besar Pahang , terutamanya
sekali Dato' Bahaman (Orang Kaya Semantan) terhadap campur tangan
British ke atas kawasannya .
Sebenarnya ketegangan di antara Dato' Bahaman dengan pihak British
telah bermula sejak tahun 1890 lagi tetapi ketegangan itu memuncak pada
tahun 1891. Ketegangan itu bermula pada bulan Disember 1890 bilamana
Dato' Bahaman dikatakan telah marah dan mengata-ngata E.A Wise (Pegawai
Jajahan Temerloh) kerana E.A Wise hendak mendirikan sebuah balai polis
di Lubuk Terua iaitu satu tempat yang termasuk dalam kawasan Dato'
Bahaman , tanpa terlebih dahulu berunding dengannya . Apabila Hugh
Clifford ( Pemangku Residen British Pahang ketika itu ) mengetahui hal
tersebut , beliau telah menasihatkan Sultan dan baginda kemudiannya
memanggil Dato' Bahaman supaya pergi ke Pekan agar perkara itu dapat
disiasat . Oleh kerana Dato' Bahaman enggan ke Pekan , Sultan telah
mengeluarkan surat perintah yang melucutkan pangkat dan tarafnya sebagai
Orang Kaya Semantan .
Tindakan melucutkan pangkat dan taraf itu menyakitkan hati Dato'
Bahaman . Keadaan ini menyebabkan Dato' Bahaman dan pengikut-pengikutnya
menyerang hendap C.E.M Deaborough dan pengikut-pengikutnya pada 15
Disember 1891 ketika mereka sedang mudik Sungai Semantan. Serangan itu
dilakukan oleh Dato' Bahaman kerana ia menyangka Desborough datang untuk
menangkapnya Dalam serangan yang mengejut itu , pihak Desborough telah
kalah dan beliau melarikan diri ke Bandar Temerloh . Setelah mengetahui
peristiwa di Semantan itu , pegawai-pegawai British di seluruuh Pahang
mula sibuk mengatur tentera mereka untuk melawan orang-orang Melayu yang
menentang British .Ekoran dari itu , pada 21 Disember 1891 , satu
pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud telah pergi ke
Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman . Di
sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak British dengan Dato'
Bahaman tetapi pihak British sekali lagi mengalami kekalahan.
No comments:
Post a Comment